Khidmat Urut Untuk Lelaki Terus Ke Rumah Anda. Sila Set Appointment Awal. Rujuk Jadual Booking SEGERA!

DIY Urut Sendiri


DIY URUTAN SENDIRI

Urut Sakit Badan Area Sepang, Bangi, KLIA
Urut Sakit Badan Area Sepang, Bangi, KLIA


Hilangkan stress dgn urutan sendiri di rumah. Khusus untuk mereka yang selalu stress sibuk dengan kerja seharian.

CUBALAH ..dan rasai perbezaannya...

PELAKSAAN TERAPI UNTUK DIRI SENDIRI

1. Bahagian tengah kening (Dahi) :

-Tekan dgn dua jari telunjuk kiri dan kanan dibahagian tengah kening. Gosok secara perlahan sambil mengoyangkan tempat tersebut. Ulang tujuh kali .
Rasional : merangsang sistem kardivaskulor dan sistem pernafasan, merangsang perjalanan darah ke otak. Mengurangkan sakit kepala, pitam,gayat, hilang imbangan dan kemurungan.

2. Bahagian Kening :

Dua ibu jari kanan dan kiri ditekan ditengah2 kening, gosok secara mmanjang dr tengah kening hingga hujung kening. Urut tujuh kali. Rasional : Utk merangsang urat mata dan saluran saraf yg bkait dgn hati

3. Bahagian Tepi Kening dan atas tengah kepala :

-Tekan dengan tiga jari ( telunjuk, tengah dan manis) dibhg tepi kening kiri dan kanan. Tekan dan gosokan ke atas dari hujung kening hingga ke atas kepala tersebut. Ulang tujuh kali.
Rasional : Merangsang sistem hormon pituitari badan yang mengawal alam spiritual (emosi dan minda) dan alam pemikuran. Dapat mengurangkan kemurungan , pening kepala, pitam dan meningkatkan daya ingatan.

4. Atas Cuping Telinga :

Gosokan secara perlahan di atas cuping telinga . Lakukan sebanyak tujuh kali.
Rasional : Merangsang urat-urat saraf dalam otak dan dalam telinga , melancarkan sistem saraf yang berkaitan dengan buah pinggang.

5. Bahagian Mata :

Tekan dan urut tepi bawah mata dengan jari telunjuk (kanan dan kiri secara serentak) hingga ke tepi hidung dan urut perlahan ke atas mata (bawah kening) hingga ke hujungnya. Ulangi sebanyak tujuh kali Rasional : Merangsang urat saraf mata dan saraf yang berkait dengan hati.

6. Bahagian Bawah Pangkal Telinga :

Dengan tiga jari yang sama kanan dan kiri tekan dan gosok secara pelahan bahagian bawah pangkal telinga ke leher dan atas bahu. Ulang tujuh kali .
Rasional : meransang sistem hormon dan melancarkan perjalanan darah anggota badan dan otak

7. Bahagian Tengkok :

Letakkan kedua-dua ibu jari bawah tengkorak belakang, tekan dan gosokkan dengan pelahan-pelahan. Kemudian, letakkan ketiga-tiga hujung jari (telunjuk, tengah dan manis ) pada tempat yang sama, tekan dan gosokkan secara pelahan- pelahan.
Rasional : Untuk melembutkan ketegangan otot dan melancarkan peredaran darah ke otak

8. Bahagian Lengan Tangan ( Kanan dan kiri):

Letakkan tapak tangan kiri dan kanan terbuka ke atas. Gerakan berterusan gosok pelahan lahan hingga ke tapak tangan Bermula di atas jari tangan (Bertentangan dengan tapak tangan) gosok memanjang berterusan hingga ke atas siku dan hingga ke atas bahu. Ulang tujuh kali . Lakukan sama untuk bahu kiri.
Rasional : Merangsang sistem kardiovascular atau jantung, sistem pernafasan atau paru2 dan sistem pencernaan

9. Setiap jari ditangan (kanan dan kiri) :

Bermula dengan tangan kanan, jari tengah diikuti telunjuk, manis dan kelinking. Tekan di celah celah jari dan urut hingga ke hujung jari sambil menbengkok ke arah tapak tangan. Ulang tiga kali. Lakukan sama untuk tangan kiri.
Rasional : Merangsang peredaran darah bermula pinggang hingga ke kepala

10. Selepas Terapi Tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan mengunakan mulut.

Amalkan untuk minum segelas air suam. Minum air suam sangat baik untuk keselesaan, merehatkan otot, melancarkan sistem peredaran darah dan perkumuhan badan.

ANDA BOLEH JUGA MENDAPATKAN KHIDMAT URUT ABANG ADI UNTUK MEMBANTU ANDA HILANGKAN STRESS BADAN....Servis terus ke rumah tuan tuan. Sila set appointment awal.

Jadual Booking:

https://www.facebook.com/tukangurutselangor