Khidmat Urut Untuk Lelaki Terus Ke Rumah Anda. Sila Set Appointment Awal. Rujuk Jadual Booking SEGERA!

DIY Urut Sendiri


DIY URUTAN SENDIRI

Urut Sakit Badan Area Sepang, Bangi, KLIA
Urut Sakit Badan Area Sepang, Bangi, KLIA


Hilangkan stress dgn urutan sendiri di rumah. Khusus untuk mereka yang selalu stress sibuk dengan kerja seharian.

CUBALAH ..dan rasai perbezaannya...

PELAKSAAN TERAPI UNTUK DIRI SENDIRI

1. Bahagian tengah kening (Dahi) :

-Tekan dgn dua jari telunjuk kiri dan kanan dibahagian tengah kening. Gosok secara perlahan sambil mengoyangkan tempat tersebut. Ulang tujuh kali .
Rasional : merangsang sistem kardivaskulor dan sistem pernafasan, merangsang perjalanan darah ke otak. Mengurangkan sakit kepala, pitam,gayat, hilang imbangan dan kemurungan.

2. Bahagian Kening :

Dua ibu jari kanan dan kiri ditekan ditengah2 kening, gosok secara mmanjang dr tengah kening hingga hujung kening. Urut tujuh kali. Rasional : Utk merangsang urat mata dan saluran saraf yg bkait dgn hati

3. Bahagian Tepi Kening dan atas tengah kepala :

-Tekan dengan tiga jari ( telunjuk, tengah dan manis) dibhg tepi kening kiri dan kanan. Tekan dan gosokan ke atas dari hujung kening hingga ke atas kepala tersebut. Ulang tujuh kali.
Rasional : Merangsang sistem hormon pituitari badan yang mengawal alam spiritual (emosi dan minda) dan alam pemikuran. Dapat mengurangkan kemurungan , pening kepala, pitam dan meningkatkan daya ingatan.

4. Atas Cuping Telinga :

Gosokan secara perlahan di atas cuping telinga . Lakukan sebanyak tujuh kali.
Rasional : Merangsang urat-urat saraf dalam otak dan dalam telinga , melancarkan sistem saraf yang berkaitan dengan buah pinggang.

5. Bahagian Mata :

Tekan dan urut tepi bawah mata dengan jari telunjuk (kanan dan kiri secara serentak) hingga ke tepi hidung dan urut perlahan ke atas mata (bawah kening) hingga ke hujungnya. Ulangi sebanyak tujuh kali Rasional : Merangsang urat saraf mata dan saraf yang berkait dengan hati.

6. Bahagian Bawah Pangkal Telinga :

Dengan tiga jari yang sama kanan dan kiri tekan dan gosok secara pelahan bahagian bawah pangkal telinga ke leher dan atas bahu. Ulang tujuh kali .
Rasional : meransang sistem hormon dan melancarkan perjalanan darah anggota badan dan otak

7. Bahagian Tengkok :

Letakkan kedua-dua ibu jari bawah tengkorak belakang, tekan dan gosokkan dengan pelahan-pelahan. Kemudian, letakkan ketiga-tiga hujung jari (telunjuk, tengah dan manis ) pada tempat yang sama, tekan dan gosokkan secara pelahan- pelahan.
Rasional : Untuk melembutkan ketegangan otot dan melancarkan peredaran darah ke otak

8. Bahagian Lengan Tangan ( Kanan dan kiri):

Letakkan tapak tangan kiri dan kanan terbuka ke atas. Gerakan berterusan gosok pelahan lahan hingga ke tapak tangan Bermula di atas jari tangan (Bertentangan dengan tapak tangan) gosok memanjang berterusan hingga ke atas siku dan hingga ke atas bahu. Ulang tujuh kali . Lakukan sama untuk bahu kiri.
Rasional : Merangsang sistem kardiovascular atau jantung, sistem pernafasan atau paru2 dan sistem pencernaan

9. Setiap jari ditangan (kanan dan kiri) :

Bermula dengan tangan kanan, jari tengah diikuti telunjuk, manis dan kelinking. Tekan di celah celah jari dan urut hingga ke hujung jari sambil menbengkok ke arah tapak tangan. Ulang tiga kali. Lakukan sama untuk tangan kiri.
Rasional : Merangsang peredaran darah bermula pinggang hingga ke kepala

10. Selepas Terapi Tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan mengunakan mulut.

Amalkan untuk minum segelas air suam. Minum air suam sangat baik untuk keselesaan, merehatkan otot, melancarkan sistem peredaran darah dan perkumuhan badan.

ANDA BOLEH JUGA MENDAPATKAN KHIDMAT URUT ABANG ADI UNTUK MEMBANTU ANDA HILANGKAN STRESS BADAN....Servis terus ke rumah tuan tuan. Sila set appointment awal.

Jadual Booking:

https://www.facebook.com/tukangurutselangor




Servis Urut Sekitar Sepang, Bandar Salak Tinggi, Bandar Enstek, Putrajaya, KLIA

Servis Urut Sekitar Sepang, Bandar Salak Tinggi, Bandar Enstek, Putrajaya, KLIA

Adakah anda mencari servis urut terapeutik, sakit badan, lenguh lenguh dan sebagainya. Anda memang berada di tempat yang betul.

Saya menyediakan servis urut untuk lelaki di kawasan sekitar Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Enstek, Putrajaya dan KLIA.

Untuk khidmat urutan di tempat saya atau ke tempat anda, kita boleh bincang lanjut. Anda hanya perlu Whatsapp saya untuk perbincangan lanjut.

servis urut sepang salak tinggi klia enstek putrajaya bangi
servis urut sepang salak tinggi klia enstek putrajaya bangi










Apakah Migrain

Apakah Migrain

Cara Ubati Migrain
Cara Ubati Migrain


Sakit kepala yang kerap dan berpanjangan? Kepala rasa nak pecah? Sakit kepala tak tertanggung sampai keluar air mata?

Inilah gejala yang sering dihadapi oleh pesakit migrain sehingga ada yang sengaja menghantuk kepala ke dinding akibat sakit yang melampau. Ia berlaku kerana darah tidak sampai ke otak dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.Semasa serangan migraine, kebanyakan pesakit tidak tahan dengan bunyi yang kuat dan cahaya yang sangat terang. Mereka lebih memilih untuk baring sahaja kerana sebarang pergerakan akan menyebabkan kesakitan bertambah. Jom kenali punca dan cara mengatasinya.

Migrain

Sakit kepala akibat migraine biasanya akan dirasai hanya pda sebelah kepala sahaja. Namun begitu, kadang kala rasa berdenyut itu boleh juga diirasai pada kedua-dua belah kepala. Selain sakit kepala, migrain juga memberi kesan ketidakselesaan pada perut, dan menyebabkan penghidapnya berasa loya serta muntah.

Jenis-jenis Migrain

    Makanan yang tinggi kandungan garam seperti keju yang tersimpan lama.

    Ubat Hormon seperti pil perancang dan terapi hormon

    Penambah rasa dalam makanan seperti bahan pengawet dan monosodium glutamate (msg)

    Minuman beralkohol dan minuman berkafein

    Tekanan – stress antara punca migraine

    Rangsangan deria – lampu yang terang, silau matahari, bau yang terlalu kuat juga boleh menjadi pencetus migraine

    Waktu tidur yang tidak menentu.

 Namun begitu kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua pesakit, contohnya untuk sesetengah pesakit serangan migrain tidak menjadi lebih kerap walaupun mereka mengambil keju dan coklat.

Di sini dapat disimpulkana bahawa pemakanan mempengaruhi tahap kesihatan. Oleh itu, apa yang perlu adalah mengubah rutin makanan anda untuk kekal sihat. Ambil makanan yang berkhasiat pada waktu yang betul.
Makanan Tambahan Yang Membantu Masalah Migrain Daripada Berpanjangan.

Serangan migrain yang kerap atau teruk boleh menggangu kehidupan seharian. Namun begitu, anda boleh memulakan langkah untuk cuba mengubah rutin serta gaya hidup yang lebih sihat. Selain mengambil diet pemakanan yang sesuai dengan penyakit anda, anda juga perlu bijak untuk mendapatkan supplement semulajadi, selamat dan berkesan untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik.



Apakah Bell Palsy

Apakah Bell Palsy

Apakah Bell Palsy

Apakah Bell Palsy



SUATU petang sekitar penghujung tahun lalu, Azman Anas, 49, tiba-tiba terasa sebahagian mukanya kebas. Keadaan itu berterusan hingga ke malam. Namun disebabkan tiada perkara serius yang berlaku pada wajahnya, lelaki itu tidak menghiraukan.

Sehingga dia bangun keesokan paginya, alangkah terkejut Azman apabila mendapati kelainan pada sebelah wajahnya.

“Saya terperanjat apabila bangun mendapati wajah sebelah kiri seperti terjatuh. Bibir terjuih, begitu juga dengan pipi dan mata pula sukar dikerdip atau ditutup rapat,” kata beliau.

Risau dengan apa yang berlaku, tanpa berlengah dia terus berjumpa doktor pada pagi itu juga. Setahu Azman, sebelum ini dia tidak mempunyai sebarang penyakit sama ada tekanan darah tinggi mahu pun diabetes. Dia mula menyangka itu mungkin petanda serangan penyakit tersebut.

Mungkin kurang terdedah dengan keadaan sebegitu, doktor yang beliau temui terus merujuk kepada pakar saraf kerana menyangka ia petanda serangan strok.

Azman agak kesal kerana doktor tersebut tidak menjalankan sebarang ujian untuk mengesahkan jenis penyakit sebaliknya terus merujuk kepada pakar.

“Mungkin benda sudah hendak jadi, pakar pula bercuti ketika itu menyebabkan kes saya tertangguh hingga hampir dua minggu. Dalam pada menanti keputusan, saya mencuba pelbagai jenis rawatan alternatif dan kemudian barulah saya disahkan mengalami Bell’s palsy,” katanya.

Sebelum disahkan mengalami penyakit itu, salah seorang saudaranya yang merupakan doktor merasakan beliau mengalami Bell’s palsy.

Sehari selepas mukanya menjadi herot dia terus menjalani rawatan bekam kerana merasakan ia berkaitan dengan saraf. Namun dia tidak mampu bertahan dengan rawatan tersebut yang katanya sangat menyakitkan. Dia juga menganggap itu antara kesilapan besar menyebabkan tempoh pemulihan menjadi lebih sukar.

Baginya, pengamal bekam mungkin kurang pengalaman dan pengetahuan menyebabkan keadaan bertambah teruk. Disebabkan ingin cepat sembuh dia mengikuti saranan demi saranan namun semuanya hanya memburukkan keadaan. Dalam pada itu, dia terus mengambil steroid yang diberi doktor namun dia mengalami sakit di bahagian perut yang teruk.

“Saya tidak ada pilihan, terpaksa juga meneruskan pengambilan steroid kerana ia menunjukkan sedikit peningkatan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Azman turut menjalani fisioterapi. Terapi menggunakan kuasa elektrik itu katanya walaupun secara perlahan, namun menunjukkan peningkatan.

“Saya nasihatkan kepada mereka yang mengalami, jangan berlengah mendapatkan rawatan dan jangan cepat terpengaruh dengan pendekatan alternatif kerana ia belum tentu menyembuhkan,” katanya.

Apa itu Bell’s palsy?

Menurut, Dr. Loganathan, Bell’s palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.

“Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kelumpuhan muka contohnya ketumbuhan otak, strok dan penyakit Lyme. Namun jika tiada sebab dan berlaku kelumpuhan, maka ia dipanggil Bell’s palsy,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut katanya, pesakit yang mengalami strok biasanya mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan Bell’s palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.

Menurut beliau, nama Bell’s palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).

Biasanya, ia berlaku secara tiba-

tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.

Jelasnya, punca yang kurang dikenalpasti mungkin disebabkan radang akibat jangkitan viral seperti herpes yang menyebabkan saraf muka menjadi bengkak. Saraf tersebut, katanya, bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga.

Disebabkan ia membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut.

“Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar tidak diketahui,” katanya.

Selain itu kata beliau, beberapa punca mungkin mempunyai kaitan dengan serangan Bell’s palsy seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.

Simptom dan petanda Bell Palsy

Dr. Loganathan berkata, Bell’s palsy dikenalpasti melalui bentuk muka seakan jatuh sebelah. Kegagalan saraf VII berfungsi menyebabkan mata pesakit tidak boleh dikerdip dan tutup, senyuman dan pergerakan bibir terganggu, lidah mengeras, kening juga seperti berkerut dan terangkat, air liur meleleh dan hidung seakan terjatuh pada bahagian yang terjejas.

Kata beliau, sesetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bell’s palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah.

Perkara tersebut, katanya, diberitahu oleh pesakit yang pernah mengalami serangan penyakit itu dan ia berulang berkali-kali.

“Ada pesakit yang mengalaminya lebih daripada tiga kali walaupun keadaan wajahnya sudah kembali seperti normal,” kata beliau.

Biasanya, kata Dr. Loganathan, Bell’s palsy menyerang secara random di kalangan mereka yang berusia, wanita selepas bersalin atau ketika kedatangan haid, remaja dan mereka yang mengalami stres. Malah, katanya, ada juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak namun peratusannya sangat rendah.

“Serangan boleh dikelaskan kepada gred tertentu daripada sederhana hingga teruk dan segelintir mengalami kelumpuhan kedua-dua belah bahagian (hanya satu peratus),” kata beliau.

Rawatan Bell Palsy

Menurut Dr. Loganathan, hampir 50 peratus pesakit boleh pulih dalam masa dua hingga tiga minggu malah ada yang menunjukkan pemulihan dalam tempoh 10 hari tanpa sebarang rawatan khusus.

“Sementara itu, 35 hingga 40 peratus mengambil masa lebih kurang setahun untuk pulih dan hanya lima peratus yang tidak pulih sepenuhnya di mana wajah mereka kekal menunjukkan mengalami Bell’s palsy,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai rawatan yang diberi kata beliau, doktor biasanya akan memberi pesakit ubat makan steroid (kortikosteroid) dengan dos yang tinggi pada peringkat awal serangan selama dua minggu. Ia akan berkurangan sehinggalah pesakit menunjukkan peningkatan.

Sesetengah pesakit mungkin tidak memerlukan rawatan khusus bergantung kepada tahap yang dilaluinya.

“Pesakit yang menunjukkan kelumpuhan menyeluruh, terutama melalui petunjuk mata dan mulut tidak boleh ditutup pada bahagian terjejas, dirawat dengan pembedahan khas,” katanya.

Beliau menasihatkan pesakit mendapatkan rawatan awal dalam masa 48 jam selepas serangan berlaku bagi memudahkan proses pemulihan.

Bagi masalah yang dikenalpasti berpunca daripada radang, doktor akan memberi antiviral berserta steroid. Namun dalam kebanyakan kes yang berlaku, steroid dilihat lebih berkesan berbanding antiviral, kata Dr. Loganathan.

Beliau turut menyarankan pesakit melindungi mata mereka daripada terdedah dengan memakai pelindung dan menitis ubat cecair bagi mengelak mata menjadi kering akibat kesukaran mengerdip mata.

Rawatan fisioterapi kadangkala diberi kepada pesakit bagi membantu menguatkan otot terjejas dan sebagai stimulasi kepada saraf yang terlibat. Jenis-jenis fisioterapi yang biasa diberi kata beliau adalah urutan muka, senaman otot muka dan stimulasi elektrik. Namun katanya berdasarkan daripada kajian, fisioterapi tidak membantu sepenuhnya.

Pembedahan Bell Palsy

Bagi masalah Bell’s palsy yang berlanjutan, pembedahan memperbetulkan saraf muka mungkin membantu. Pelbagai teknik pembedahan dikenalpasti membantu masalah ini. Antaranya pembedahan memperbetulkan tulang yang terjejasPembedahan mengembalikan senyuman (smile surgery) antara prosedur yang dijalankan bagi mengembalikan wajah pesakit.

Rawatan alternatif Bell Palsy

“Sebenarnya belum ada satu kajian khusus yang dijalankan bagi membuktikan sama ada rawatan alternatif seperti akupuntur berkesan dalam merawat masalah Bell’s palsy,” kata beliau.

Namun Dr. Loganathan tidak menghalang seandainya pesakit ingin mencuba kerana mungkin ia satu rangsangan yang baik untuk saraf, namun keberkesanannya belum terbukti secara saintifik. Walaubagaimanapun sekali pun ingin mencuba rawatan alternatif, beliau tetap menyarankan pesakit agar meneruskan rawatan steroid kerana ia terbukti dan diyakini dalam merawat masalah Bell’s palsy.












Sumber = http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0626&sec=Kesihatan&pg=kn_05.htm

Apakah Urutan Sukan

Apakah Urutan Sukan

Urutan Sukan
Urutan Sukan

Urutan Sukan

Urutan sukan adalah sejenis urutan yang khusus disesuaikan dengan kecederaan atau penyakit yang berkaitan dengan sukan. Ia tidak bertujuan untuk menjadi urutan yang merehatkan dan sememangnya ia boleh menjadi agak kuat pada masa-masa tertentu. Berbeza dengan namanya, urutan sukan tidak hanya digunakan oleh ahli sukan profesional atau orang-orang yang banyak bekerja. Ia memberi manfaat kepada sesiapa sahaja, walaupun ia hanya senaman ringan seperti berjalan biasa.

Tujuan Urut Sukan

Urut sukan direka untuk mencegah dan melegakan kecederaan dan keadaan yang berkaitan dengan senaman atau sukan. Ia selalunya boleh agak berat dan yang bermaksud untuk melegakan dan mengurangkan tekanan dan ketegangan yang terdapat di dalam tisu lembut badan semasa bersukan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa, atau selepas bermain sukan atau bersenam dan menggunakan teknik-teknik yang direka untuk meningkatkan daya tahan dan prestasi, untuk mengurangkan peluang kecederaan dan jika terdapat kecederaan, untuk mengurangkan masa pemulihan.

Apa Urut Sukan Boleh Lakukan Untuk Anda

Urut sukan boleh merawat pelbagai penyakit dan kecederaan yang mungkin berlaku akibat daripada senaman. Ia juga mempunyai faedah lain yang membolehkan anda untuk berlatih atau bersukan dengan lebih cekap. Beberapa faedah urutan sukan termasuk:

1. Mengurangkan kadar keletihan
2. Melegakan bengkak
3. Mengurangkan ketegangan otot
4. Menggalakkan fleksibiliti
5. Melegakan kesakitan
6. Mencegah kecederaan
7. Meningkatkan kadar jantung dan tekanan darah
8. Meningkatkan peredaran darah dan aliran limfa
9. Merawat kecederaan seperti splin shin , siku tenis (tennis elbow) , terseliuh dan strain , paha (hamstring) dan lain-lain.

Secara rasminya urutan sukan ini mula dipopularkan oleh Soviet Union dan negara-negara komunis dalam era 1960-an,  dan negara Soviet adalah negara pertama yang mempunyai pakar urutan yang tetap dan professional. Melalui hubungan sukan dan budaya, maka konsep urutan sukan ini telah menular ke Eropah dan Amerika Syarikat pada tahun 1970-an.

Semakin lama konsep urutan sukan ini semakin diterima dunia sukan dan menjadi sebahagian daripada rejimen latihan atlet professional, sebelum menjadi subjek pengajian di kolej dan universiti. Pada hari ini, urutan sukan boleh dijadikan karier bagi mereka yang berminat.





Apakah Urut Terapeutik

Apakah Urut Terapeutik


Urut Terapeutik
Urut Terapeutik

Urutan terapi boleh sering ditemui di Spa, Pusat Peranginan dan klinik-klinik Perkhidmatan Urutan di seluruh dunia. Mereka sering juga adalah sebahagian daripada proses pemulihan untuk orang-orang yang mengatasi kecederaan utama. Dalam urutan terapeutik ramai individu akan dapat melepaskan ketegangan dalam otot dan bahagian tubuh. Aromaterapi ini sering digunakan semasa sesi urutan terapeutik untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan menyediakan lebih banyak agen penyembuhan urut. Minyak khas dan herba yang biasa digunakan kerana sifat-sifat penyembuhan semulajadi mereka.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       

Batu-batu yang dipanaskan adalah sangat biasa alat urutan terapeutik. Batu-batu ini semata-mata akan bertukar menjadi panas dan meletakkan ke dalam kawasan-kawasan yang bermasalah dari badan dan membantu melegakan kesakitan dengan menggalakkan peredaran darah dan tisu-tisu yang lembab. Mereka juga secara berkesan boleh membantu untuk merawat sakit tendon dan sendi. Urutan terapeutik boleh digunakan pada beberapa jenis orang berbeza dalam beberapa peringkat kehidupan dan pembangunan – seperti wanita hamil. Ramai wanita yang hamil mencari urutan terapeutik untuk membantu mereka menangani dengan tekanan dan sakit sendi yang datang dengan perut mereka berkembang dengan cepat. Sepanjang kehamilan, wanita boleh menjalani beberapa tahap yang berbeza urutan terapi yang membantu untuk melegakan sakit biasa ketidakselesaan. Urutan terapeutik boleh juga diberikan semasa buruh dan berjaya membantu tidak lama lagi bakal ibu mengalami sakit kurang. Urutan terapeutik boleh juga diberikan kepada kanak-kanak dan warga tua.

Untuk orang yang mengalami sakit kronik otot dan ketegangan, terapi urutan juga adalah pilihan terbaik. Urutan tisu yang mendalam terdiri daripada tekanan langsung ke kawasan-kawasan yang bermasalah dalam sebatan perlahan untuk melepaskan tekanan. Terdapat dua jenis utama urutan terapeutik yang dipanggil teknik Shiatsu dan Sweden.

Shiatsu urut terdiri daripada Mencincang, menggosok, regangan dan mengurut badan dan berasal dari China. Ramai yang biasa dengan urutan Shiatsu sebagaimana yang ia paling biasa dilihat dalam filem dan televisyen menunjukkan. Urut Sweden terdiri daripada sebatan kneading dan ringan di seluruh badan. Perkhidmatan Urutan jenis ini paling biasa digunakan untuk mengurangkan ketegangan dalam otot, menghapuskan toksin, meningkatkan peredaran dan meningkatkan sistem imun.

Terapi urutan mempunyai banyak manfaat untuk tubuh manusia. Ia paling dikenali untuk melegakan sakit dan sakit pada otot-otot yang ketat dan bengkak. Sebagai contoh, terapi urutan juga boleh merangsang bersantai sambil melegakan tekanan. Apabila seseorang tertekan, mengetatkan otot-otot mereka dan sakit. Hanya apabila tekanan itu dapat dilegakan otot gemburkan dan berehat. Ini juga menggalakkan peredaran darah yang baik dan menggalakkan keadaan santai minda.

Urutan terapi juga biasa digunakan dalam bidang perubatan sebagai agen penyembuhan untuk beberapa penyakit dan penyakit. Perkhidmatan Urutan jenis ini sering digunakan untuk melegakan masalah belakang, sembelit, ulser vena, atrofi otot dan penyakit lain.

Perkhidmatan Urutan biasanya digunakan untuk membantu melegakan sukan berkaitan kecederaan. Urutan terapeutik menggalakkan pelepasan di sendi-sendi, tendon dan otot-otot yang akan sentiasa menjadi bekerja oleh atlet profesional atau hobi. Terdapat banyak keradangan dan kesakitan yang berkaitan dalam Olahraga dan urutan terapi digunakan untuk membantu meringankan kesakitan.

Terdapat beberapa teknik yang lebih banyak dan permohonan dalam terapi urutan itu sebagai membantu dalam toning badan serta mempertingkatkan rangkaian pergerakan. Perkhidmatan Urutan jenis ini juga telah memberi terlalu banyak keajaiban moden untuk orang-orang yang dalam kesakitan Pengarah atau kerosakan badan yang seolah-olah tak boleh balik. Urutan terapeutik telah dapat membantu, dalam banyak keadaan, untuk menyembuhkan kedua-dua badan dan minda.