Khidmat Urut Untuk Lelaki Terus Ke Rumah Anda. Sila Set Appointment Awal. Rujuk Jadual Booking SEGERA!

Apakah Migrain

Apakah Migrain

Cara Ubati Migrain
Cara Ubati Migrain


Sakit kepala yang kerap dan berpanjangan? Kepala rasa nak pecah? Sakit kepala tak tertanggung sampai keluar air mata?

Inilah gejala yang sering dihadapi oleh pesakit migrain sehingga ada yang sengaja menghantuk kepala ke dinding akibat sakit yang melampau. Ia berlaku kerana darah tidak sampai ke otak dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.Semasa serangan migraine, kebanyakan pesakit tidak tahan dengan bunyi yang kuat dan cahaya yang sangat terang. Mereka lebih memilih untuk baring sahaja kerana sebarang pergerakan akan menyebabkan kesakitan bertambah. Jom kenali punca dan cara mengatasinya.

Migrain

Sakit kepala akibat migraine biasanya akan dirasai hanya pda sebelah kepala sahaja. Namun begitu, kadang kala rasa berdenyut itu boleh juga diirasai pada kedua-dua belah kepala. Selain sakit kepala, migrain juga memberi kesan ketidakselesaan pada perut, dan menyebabkan penghidapnya berasa loya serta muntah.

Jenis-jenis Migrain

    Makanan yang tinggi kandungan garam seperti keju yang tersimpan lama.

    Ubat Hormon seperti pil perancang dan terapi hormon

    Penambah rasa dalam makanan seperti bahan pengawet dan monosodium glutamate (msg)

    Minuman beralkohol dan minuman berkafein

    Tekanan – stress antara punca migraine

    Rangsangan deria – lampu yang terang, silau matahari, bau yang terlalu kuat juga boleh menjadi pencetus migraine

    Waktu tidur yang tidak menentu.

 Namun begitu kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua pesakit, contohnya untuk sesetengah pesakit serangan migrain tidak menjadi lebih kerap walaupun mereka mengambil keju dan coklat.

Di sini dapat disimpulkana bahawa pemakanan mempengaruhi tahap kesihatan. Oleh itu, apa yang perlu adalah mengubah rutin makanan anda untuk kekal sihat. Ambil makanan yang berkhasiat pada waktu yang betul.
Makanan Tambahan Yang Membantu Masalah Migrain Daripada Berpanjangan.

Serangan migrain yang kerap atau teruk boleh menggangu kehidupan seharian. Namun begitu, anda boleh memulakan langkah untuk cuba mengubah rutin serta gaya hidup yang lebih sihat. Selain mengambil diet pemakanan yang sesuai dengan penyakit anda, anda juga perlu bijak untuk mendapatkan supplement semulajadi, selamat dan berkesan untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik.